Portal Ittihadiah v2

Ahlan wa Sahlan :: Selamat Datang ke Portal Ittihadiah v2
Kesihatan, ketahanan jiwa antara nikmat ibadat puasa PDF Cetak E-mail
  
Ahad, 22 Ogos 2010 23:50

Kesihatan, ketahanan jiwa antara nikmat ibadat puasa


BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

  • Menguatkan Jiwa

    Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
  • Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

    Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

    Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

    Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

  • Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

    Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

    Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”
  • Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

    Baca lagi...
     
    TIGA BENTUK GANJARAN PUASA PDF Cetak E-mail
      
    Khamis, 19 Ogos 2010 15:08

    Tiga Bentuk Ganjaran Kesempurnaan Puasa

    HADIS Rasulullah SAW. menyebut bahawa ada tiga bentuk ganjaran diberikan Allah kepada hamba-Nya sepanjang Ramadan, iaitu rahmah (rahmat), maghfirah (keampunan) dan `itq min al-nar (bebas daripada api neraka).

    Rahmah ada dalam 10 hari pertama Ramadan, maghfirah di dalam 10 hari keduanya dan `itq min al-nar di dalam 10 hari terakhirnya.

    Begitu mudah kita membilangnya, tetapi tidak semudah itu untuk kita mendapatkannya. Ia terikat dengan beberapa prasyarat yang ketat, tanpanya kita hanya akan mengalami lapar dan dahaga ketika berpuasa.

    1. Memahami erti puasa rukun dan syaratnya

    Kesempurnaan puasa seseorang adalah terikat dengan sejauh mana dia memahami erti puasa itu sendiri, rukun dan syaratnya serta apa-apa perkara yang membatalkannya, mengetahui masanya serta kaifiatnya.

    2. Melaksanakan adab atau etika berpuasa seperti:

    Baca lagi...
     
    Profil / Komuniti Ahli & Buku Tetamu PDF Cetak E-mail
      
    Sabtu, 14 Ogos 2010 17:54

    Assalamualaikum wbt.

    i.  Sukacita dimaklumkan fungsi senarai ahli telah dipertingkatkan dimana borang profil telah dikemaskini (membolehkan

    komunikasi sesama ahli lebih mudah serta hubungan komuniti).  Diharapkan dengan platform ini hubungan ukhwah sesama

    ahli dapat lebih dieratkan).

    ii.  Fungsi Buku Tetamu telah diaktifkan.  Pengguna boleh menghantar artikel ringkas, pandangan, komen, cadangan atau

    maklumbalas diruangan Content.

    Wassalam.

    Terakhir Dikemaskini ( Ahad, 15 Ogos 2010 22:53 )
     
    PUASA YG SEMPURNA & HAKIKI PDF Cetak E-mail
      
    Selasa, 17 Ogos 2010 19:00

    Cara Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

    Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniah puasa itu, antara lain seperti berikut:

    1. Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah SWT
    2. Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
    3. Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah SWT telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana [Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Maidah ayat 42 ] yang bermaksud : "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram".
    4. Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
    5. Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah SWT daripada perut yang penuh dengan makanan yang hala

    Hikmat – hikmat Puasa

    Baca lagi...
     
    DOA UTAMA DI BULAN RAMADHAN PDF Cetak E-mail
      
    Sabtu, 14 Ogos 2010 06:39
    APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?


    Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan
    kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin
    mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

    Surah Al-Baqarah:183

    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
    sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

    Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan
    memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan
    diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan
    berakhir Ramadan?

    Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman
    adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya
    kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan
    semua dosa-dosanya”.



    Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita

    telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya.

    Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan

    menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia.

    Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila

    habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

    Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar),

    dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak

    buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi

    “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu

    malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi

    “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan

    mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

    Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan

    “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”

    (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun,

    ampunkanlah dosa-dosa ku).

    Terakhir Dikemaskini ( Sabtu, 14 Ogos 2010 06:51 )
    Baca lagi...
     
    Powered by Joomla World.

    Sembang2@

    Latest Message: 2 weeks, 6 days ago
    • admin : salam. ruangan BUKU TETAMU telah diaktifkan. Hantarkan artikel ringkas, pandangan,pendapat, komen, cadangan atau maklumbalas di ruangan Content. Jangan lupa untuk masukkan huruf yang tertera diruangan yang disediakan.
    • masjiduthman : Salam... Selamat berjuang untuk warga Ittihadiah demi untuk pembinaan dan pembangunan anak - anak bangsa dan 'benih - benih Islam' ... Dalam keadaan itu mohon lihat laman: www.masjiduthmani.blogspot.com ...Saya selaku pengerusi pembinaan memohon jasa baik antum sebarang dana untuk pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam. Diatas sangka dan jasa baik anda diucapkan terima kasih dan hanya Allah jua Yang Maha Membalas. Dari Ustaz Fikri...H/p: 019 - 9864599
    • admin : mulai 1 Ogos 2010, hanya pengguna berdaftar boleh mengakses ruangan Galeri.
    • admin : para pengguna yg berdaftar amat dialu - alukan utk menyumbang artikel, foto atau menyertai ruangan forum.
    • admin : ruangan Sembang kini hanya dibuka utk pengguna berdaftar shj bagi menggelakkan spamming
    • guest_4908 : moga allah memberkati pendidik itp
    • admin : Makluman: jika terdapat kandungan mesej2 yg tdk berkenaan diruangan ini sila abaikan - msg2 tersebut adalah spam.
    • admin : ruangan galeri telah diaktifkan, pengguna berdaftar boleh menghantar gambar aktiviti utk dipaparkan diruangan tersebut.
    • admin : ruangan forum telah diaktifkan, selamat berdiskusi
    • [admin] : assalamualaikum. selamat bersembang. gunakan ruangan ini dgn sebaik mungkin. wassalam

    Only registered users are allowed to post

    LOGIN PENGGUNA

    Siapa Sedang Online?

    None

    Statistik Pengguna

    Total Members : 11
    Latest Member : huda
    Members Online : 0
    Today : 0 Registers
    This Week : 1 Registers
    This Month : 1 Registers

    Siapa Sedang Online?

    • [Google]
    Now online:
    • 1 guest
    • 1 robot
    Latest members:
    • huda hassan
    • Noor Zarina Abdullah
    Total members: 11
    mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
    mod_vvisit_counterHari Ini19
    mod_vvisit_counterSemalam25
    mod_vvisit_counterMinggu ini198
    mod_vvisit_counterMinggu Lepas222
    mod_vvisit_counterBulan Ini109
    mod_vvisit_counterBulan Lepas1325
    mod_vvisit_counterKeseluruhan2055

    All Copyright reserved

    JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval